KERANA AKU SAYANG KAU (BAB 11)
BAB 11
“Kau tak ada assignment ke?” tanya Zulkifli apabila
melihat Tuah Iskandar yang sedang asyik membelek-belek telefon bimbitnya.
“Ada,” tanpa
berpaling, hanya sebaris perkataan keluar dari mulut Tuah Iskandar.
“So, pergilah buat,”
“Malas,”
Zulkifli mengeluh
kecil. Pen yang hampir setengah jam di tangannya diletak di atas meja. Badannya
dipusingkan menghadap Tuah Iskandar yang sedang leka dengan telefon bimbitnya.
Seketika dia merenung wajah Tuah Iskandar. Cuba memahami kehidupan lelaki yang
dipuja gadis-gadis kolej. Pada mulanya, dia menganggap Tuah Iskandar sungguh
bertuah. Mempunyai segala-galanya yang di idamkan oleh manusia tetapi semakin
lama dia mengenali pemuda itu, semakin dia tahu yang Tuah Iskandar hanya
manusia biasa. Dan keistimewaan yang di miliki tidak mampu mempamerkan
kegembiraan dalam hidup.
Dalam diam Zulkifli
bersyukur. Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Hidup dalam keadaan
sederhana. Mempunyai keluarga yang bahagia. Semuanya sederhana.
Tiba-tiba dia
terlihat Tuah Iskandar tersenyum. Jarang benar dia melihat senyuman dari wajah
pemuda itu. Seolah-olah senyuman itu merupakan sesuatu yang sangat mahal bagi
pemuda yang bernama Tuah Iskandar tetapi..mengapa Tuah Iskandar tersenyum kali
ini? Walaupun hanya satu senyuman yang tipis, namun begitu menampakkan ekspresi
wajah Tuah Iskandar yang selalunya serius.
Menang main angry bird agaknya. Tak pun main game tembak-tembak. Atau main game tembak hantu. Zulkifli membuat
andaian sendiri.
Melihat Tuah
Iskandar yang sedang kusyuk itu, Zulkifli mematikan hasratnya untuk
berbual-bual dengan pemuda itu. Biarlah Tuah Iskandar dengan dunianya seketika.
Dan Zulkifli kembali menghadap buku di hadapannya.
Deringan telefon
bimbit milik Tuah Iskandar mengisi kesunyian di antara mereka. Tuah Iskandar
yang sedang memegang telefonnya terus menjawab panggilan tersebut.
”Bila?”
“Sorry bro. Aku tak senang,”
“Ada hal,”
“Betul,”
“Hmm,”
Itulah antara
kata-kata Tuah Iskandar bersama si pemanggil yang dapat ditangkap oleh telinga
Zulkifli. Seketika dia melirik ke arah rakannya itu. Kelihatan Tuah Iskandar
sudah membaringkan tubuhnya di atas sofa. Telefon bimbitnya diletakkan di atas
meja kopi. Kelihatan rakannya itu sedang termenung. Entah apa yang difikirkan,
Zulkifli tidak pasti.
“Kojek call?” sengaja Zulkili bertanya walaupun
dia amat yakin Kojek yang telah menghubungi Tuah Iskandar sebentar tadi.
“Hmm,”
“Dia nak apa?”
“Ada game malam ni,”
“So, kau tak pergi?”
“Malas,”
“Hai, jarang aku
dengar alasan tu dari kau. Biasanya, kalau si Kojek tu ajak, cepat saja kau
hidupkan motor kau tu,”
Tuah Iskandar tidak
menjawab.
“Kau ada masalah?” tanya
Zulkifli apabila melihat Tuah Iskandar membiarkan saja pertanyaannya tanpa
jawapan.
“Masalah aku
sentiasa ada,”
“Maksud aku,
masalah baru,”
“Mungkin,”
“Mungkin? Maksud
kau?”
“Aku tak tahu ini
masalah atau sebaliknya. Tapi..ia membuatkan aku tenang,”
Zulkifli
membetulkan posisi badannya, menghadap Tuah Iskandar. Seakan berminat dengan
kata-kata yang keluar dari mulut rakannya itu kerana bahasa yang di guna Tuah
Iskandar tatkala ini, sangat lain kedengarannya.
“Aku tak faham,”
Tuah Iskandar diam
lagi. Kemudian, dia bangun lalu terus melangkah. Tuala yang bersidai di atas
kerusi makan dicapai dan kakinya terus melangkah menuju ke bilik air.
“Nanti aku cerita
pada kau,” jawapan Tuah Iskandar membuatkan Zulkifli kecewa. Baru saja dia
hendak mengorek apa yang berlaku pada rakannya itu tetapi Tuah Iskandar tidak
sudi bercerita buat masa ini.
Adakah perkara yang
hendak di perkatakan oleh Tuah Iskandar itu yang memberikan senyuman pada
pemuda itu sebentar tadi?
Ah Tuah!
**********
Tuah Iskandar duduk
di bangku yang telah tersedia. Mulutnya sibuk mengunyah kacang kuda yang
dibelinya sebentar tadi. Satu demi satu kacang kuda masuk ke dalam mulutnya
sehingga dia tidak sedar tinggal beberapa biji sahaja lagi sebelum habis dimakan.
Tuah Iskandar
memperlahankan kunyahannya. Matanya tertumpu pada satu arah. Dari jauh dia
melihat gadis itu yang sedang leka bermain bola jaring bersama rakan-rakannya.
Agak lama dia memerhatikan gadis itu. Sudah hampir setengah jam. Pada perkiraannya,
Hani bukanlah pemain bola jaring yang hebat. Hanya biasa-biasa saja. Mungkin
bermain untuk mengisi masa lapang.
Hani..hanya sebaris
nama itu membuatkan hari-hari yang di lalui ceria. Rasa bersemangat untuk ke
kolej kerana dia tahu gadis itu turut berada di kolej yang sama. Biarpun ada
kalanya tidak bertentang mata, namun dia tahu mereka masih dekat. Dan kerana
rasa itu, dia semakin rajin hadir ke kuliah.
Sebaik saja
menjejakkan kaki di kolej, dia akan mencari gadis itu. Adakalanya dia sengaja
memunculkan diri di hadapan gadis itu . Adakalanya dia hanya melihat dari jauh,
tanpa di sedari gadis itu. Apa saja dia lakukan, hanya untuk melihat gadis itu
kerana dia merasa senang dapat melihat
wajah gadis itu. Seolah terdapat ketenangan pada wajah comel itu.
Jika di tanya
adakah dia sudah menemui cinta? Dia tidak tahu kerana sebelum ini dia tidak
pernah bercinta. Apa rasa cinta? Bagaimana perasaan orang bercinta? Dia
benar-benar tidak tahu. Apa yang dia tahu, dia sukakan gadis itu.
“Hani!” terdengar
jeritan nyaring dari salah seorang gadis yang turut bermain bersama Hani. Tuah
Iskandar menumpukan perhatian pada kumpulan yang bermain bola jaring itu.
Kelihatan Hani meletakkan tangannya di atas kepala. Mungkin sudah membuat
kesilapan.
Apa yang hebat tentang
gadis itu?
Dia kelihatan
biasa-biasa saja.
Ah, biarkan semua
persoalan itu. Jika hati dah suka, semua itu tidak penting.
“Hoi,” satu suara
menyapanya. Tuah Iskandar tidak menoleh. Kenal benar dia dengan suara yang
menyapa itu. Dengan selamba dia mengunyah kacang kuda yang masih berbaki itu.
“Buat apa?” tanya
Zulkifli sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Tuah Iskandar.
Tuah Iskandar masih
tidak menjawab. Matanya terus tertumpu pada kumpulan gadis yang sedang bermain
bola jaring. Pandangan tajam Tuah Iskandar menarik minat Zulkifli. Lantas dia
turut memanjangkan lehernya, turut melihat ke arah yang sama dilihat oleh Tuah
Iskandar.
“Ada yang
berkenan?” Zulkifli mengusik.
Tuah Iskandar masih
lagi diam.
“Tak salah kalau
hati dah tersangkut. Kau tu manusia biasa. Ada hati dan perasaan,” ujar
Zulkifli. Entah kenapa dia serius dengan kata-katanya. Dia dapat rasakan
tekaannya benar kerana Tuah Iskandar tidak membangkang sebaliknya hanya diam
dan tidak menafikan.
“Kau rasa dia suka
aku?” soalan Tuah Iskandar membuatkan Zulkifli pantas menoleh memandang rakan
di sebelahnya itu. Meskipun sudah menduga ada kelainan pada Tuah Iskandar
tetapi perasaan terkejutnya tetap ada. Masakan dia tidak terkejut. Tuah
Iskandar yang hati kering, tidak pernah meminati perempuan tiba-tiba berbicara
soal perasaan? Siapa yang tidak terkejut?
“Siapa?” tanya
Zulkifli ingin tahu. Kini, matanya pula sibuk memerhati gadis-gadis yang sedang
asyik bermain bola jaring. Dalam hatinya
tertanya-tanya siapa yang berjaya membuka hati Tuah Iskandar namun dalam masa
sesingkat itu dia tidak dapat meneka kerana kesemua gadis itu biasa-biasa
sahaja. Pendek kata, mereka bukan citarasa rakan di sebelahnya itu.
Oleh kerana itu,
bertambahlah keinginan untuk mengetahui siapa di kalangan gadis biasa itu yang
menjadi pilihan Tuah Iskandar.
“Yang mana satu ni
Tuah?” Zulkifli mendesak. Sungguh dia benar-benar berminat untuk ambil tahu.
“Yang pakai baju
merah,”
Pantas Zulkifli
mencari gadis yang memakai baju merah di kalangan mereka.
“Maksud kau, Hani?”
“Kau kenal dia?”
“Mana tak kenal.
Dia satu fakulti dengan aku,”
“Aku tahu,”
“Jadi, kau minat
dia?”
Diam.
“Sejak bila ni?”
“I’ve no idea”
Perakuan jujur Tuah
Iskandar benar-benar membuatkan Zulkifli terkejut. Tuah Iskandar jatuh cinta?
Sukar untuk di percaya. Mungkin sudah sampai masanya pintu hati yang sukar
digugat akhirnya terbuka untuk seorang gadis. Dan gadis itu..
Hani. Pelajar fakulti
perubatan. Hanya seorang gadis biasa. Terlalu berbeza dengan Tuah Iskandar dari
pelbagai segi. Bagai langit dengan bumi. Bagai enggang dengan pipit. Namun,
mungkin perbezaan itu yang menjadi pilihan Tuah Iskandar. Melalui perbezaan
itu, pintu hati pemuda itu terbuka untuk cinta.
The History of Iron Man - Titanium Arts
BalasPadamIron Man, known as Iron Man in comics and film as microtouch titanium trim reviews Iron trekz titanium pairing Man, is a character who fights for his life titanium fat bike as titanium nitride coating service near me an titanium nose hoop Iron Man in various other