KERANA AKU SAYANG KAU (BAB 13)
BAB 13
Hani mengerling jam
di tangannya. Sudah jam dua petang. Dia berjanji dengan Julia untuk berjumpa
jam tiga petang nanti. Sudah lama rasanya mereka tidak berjalan-jalan di bandar.
Asyik menghadap buku 24 jam. Bosan juga rasanya. Oleh itu, dia dan Julia
mengambil keputusan untuk bersiar-siar, makan angin, window shopping, tengok wayang dan apa-apa saja yang boleh di lakukan
untuk menenangkan fikiran.
Hani memerhatikan
gelagat orang yang lalu lalang di hadapannya. Kadang-kadang dia tersenyum
melihat warga kota yang pelbagai ragam.. tua, muda, kecil, besar, gemuk,
kurus…pelbagai aneka menjadikan suasana kota bagaikan bewarna-warni.
Tiba-tiba Hani
teringatkan seseorang. Pemuda sombong yang tiba-tiba hadir dalam hidupnya. Dan
sekelip mata mengisytiharkan dirinya sebagai kekasih. Keputusan yang muktamad
tanpa boleh dibantah walhal sehingga kini dia sendiri tidak tahu status sebenar
mereka.
Tuah Iskandar.
Pemuda sombong itu sentiasa memenuhi ruang mindanya. Kadang-kadang dia
tertanya-tanya. Sukakah dia pada Tuah Iskandar? Jika tidak suka, mengapa dia
harus sentiasa memikirkan pemuda itu? Oh! Fikir tidak bermaksud suka. Banyak
perkara yang boleh di katakan jika kita kerap memikirkan seseorang. Mungkin
kerana benci menyebabkan kita mengingatinya. Tetapi, bencikah dia pada Tuah Iskandar?
Hani tidak
menafikan, kehadiran Tuah Iskandar memberikan kesan yang mendalam pada dirinya.
Meskipun berkali-kali dia menafikan hubungan mereka namun Tuah Iskandar
seakan-akan tidak memperdulikan malah pemuda itu terus menganggap dirinya
sebagai teman istimewa sehingga menyebabkan dia tersepit dengan status diri
sendiri.
Apa lagi yang harus
dia lakukan?
Tiba-tiba Hani
merasakan ada seseorang di sebelahnya. Menyangkakan Julia, terus dia berpaling
dengan senyuman di wajahnya. Namun, senyuman yang terukir terus mati saat
terpandangkan wajah di sebelahnya itu.
“Awak?”
Pemuda itu menoleh
ke arahnya dengan wajah tanpa perasaan. Senyum tidak, marah juga tidak. Seperti
biasa. Itulah Tuah Iskandar.
“Apa awak buat kat
sini?” tanya Hani. Ternyata tidak senang
dengan kehadiran pemuda itu.
Tuah Iskandar tidak
menjawab sebaliknya mengalihkan pandangan ke arah kelompok manusia yang
melintasi mereka.
“Awak buat apa kat
sini?” tanya Hani lagi. Kali ini suaranya agak kuat. Ah! Kenapa pemuda ini
selalu muncul di hadapannya? Kenapa pemuda ini selalu ada di mana-mana sahaja?
Tuah Iskandar masih
begitu. Diam tidak bersuara. Melihat sikap diam Tuah Iskandar, Hani akhirnya
mengeluh.
Keadaan sepi
seketika. Melihat keadaan yang sebegitu, Hani memulakan bicara.
“Saya tak tahu
kenapa awak berada di sini tetapi saya rasa lebih baik awak pergi. Sekejap lagi
Julia akan datang. Nanti dia nampak awak pula,” ujar Hani mengharapkan agar
Tuah Iskandar akan segera beredar. Sememangnya kemunculan Tuah Iskandar di situ
sangat tidak di alu-alukan oleh dirinya tatkala ini.
“Dia takkan datang,”
buat kali pertama kedengaran suara garau Tuah Iskandar petang itu.
“Apa yang awak
merepek ni? Saya dah janji dengan Julia nak jumpa petang ni. Dah lama kita orang
rancang nak jalan-jalan, tengok wayang. Dia mesti datang!” sahut Hani yakin.
Tangannya digenggam kuat menyatakan keyakinannya yang mendalam.
“Dia takkan datang,”
sekali lagi Tuah Iskandar menyatakan perkara yang sama.
“Kenapa awak kata
macam tu?”
“Aku dah pancitkan
tayar kereta dia,”
“What?”
Serentak itu,
telefon bimbit Hani berbunyi. Melihatkan nama Julia yang tertera di skrin
telefon, cepat-cepat dia menjawab.
“Hello Hani,”
kedengaran suara Julia sedikit resah.
“Ya Ju,” sahut Hani
sambil matanya melirik ke arah Tuah Iskandar yang masih duduk di sebelahnya.
“Hani, I’m really sorry. Aku tak dapat datang.
Tayar kereta aku pancit. Tak tahu kenapa. Terkena paku agaknya,”
Sah! Tuah Iskandar
memang betul-betul melaksanakannya.
“So, kau ada kat mana sekarang ni?”
“Aku kat shop lot depan kolej,”
“So, macam mana kau nak balik ni?”
“Entahlah. Aku
tengah fikir. Zain kerja pula. Nak tak nak, terpaksa aku tunggu Zain balik
kerja,”
Perbualan antara
dua rakan itu berterusan beberapa minit. Sambil berbual di telefon, mata Hani
tidak lekang dari merenung tajam ke arah Tuah Iskandar. Geram sungguh dia
dengan pemuda itu. Sanggup menyusahkan Julia semata-mata untuk menghalang Julia
dari bertemu dengannya. Kasihan Julia menjadi mangsa keadaan.
Sebaik saja tamat
perbualan, Hani terus menerus memandang Tuah Iskandar. Tangannya digenggam.
Kecil saja rasanya Tuah Iskandar di saat itu. Terasa ingin saja ditumbuk muka
yang di katakan kacak oleh pelajar-pelajar kolej. Geramnya bertambah apabila
Tuah Iskandar menunjukkan muka selamba. Muka tidak bersalah.
Isy!
“Kenapa awak buat
macam ni?” tanya Hani dengan suara yang tegas.
Tuah Iskandar
menoleh seketika dan kemudian tersenyum sinis
“Kenapa awak kejam
sangat? Awak dah susahkan Julia. Awak tak tahu macammana keadaan Julia sekarang
ni? Macam mana nak panggil mekanik? Macam mana nak tukar tayar? Macam mana nak
balik?” bertubi-tubi soalan yang di ajukan kepada Tuah Iskandar namun muka
selamba pemuda itu membangkitkan lagi amarah Hani.
“Kalau awak nak
keluar dengan saya pun, awak tak sepatutnya susahkan Julia. Awak boleh terus
cakap dengan saya,” ujar Hani lagi.
“Kalau aku cakap
dengan kau, kau nak keluar dengan aku?” soalan ringkas Tuah Iskandar menjerat
dirinya sendiri. Hani terdiam seketika. Keluar dengan Tuan Iskandar? Tak
mungkin! Selama ini, jika terserempak pun dia akan cuba nelarikan diri, inikan
pula mengaturkan pertemuan?
Tak Mungkin!
Tuah Iskandar tidak mendesak Hani untuk
menjawab. Pemuda itu kembali berdiam diri, memerhatikan manusia yang lalu
lalang di hadapan mereka.
“Apapun alasan
awak, awak tak sepatutnya susahkan kawan saya!” Hani tetap berdegil mempersoalkan
tindakan Tuah Iskandar.
“Kau tak perlu
risau. Lima minit lagi, Zul akan datang tolong kawan kau tu,”
Buntang mata Hani
mendengar jawapan Tuah Iskandar.
“Oh, jadi awak dah
rancang semua ni?”
Tuah Iskandar
tersenyum mengejek.
“Oh, Tuhan. Kenapa
saya yang harus tempuh semua ni? Kenapa awak perlu ada di sini?” Hani mengeluh
sendiri.
“Kerana aku jodoh
kau,”
“Jodoh?” kali ini
Hani pula tersenyum mengejek.
Tuah Iskandar diam.
“Awak yakin saya
jodoh awak?”
“Aku yakin dengan
apa aku buat,”
Hani mengeluh.
Gila! Pemuda ini memang sudah gila!
“Jom,” Tuah
Iskandar tiba-tiba bangun dari duduknya dan kini berdiri betul-betul di hadapan
Hani.
“Ke mana?” Hani
bertanya pelik.
“Kau kata nak
jalan-jalan, window shopping, tengok
wayang. Biar aku temankan kau,” ujar Tuah Iskandar bersahaja.
“Tengok wayang
dengan awak? No way,”
Namun, belum sempat
Hani melangkah, lengannya ditarik.
“Lepaskan sayalah!”
bentak Hani namun pegangan tangan Tuah Iskandar semakin kejap. Tidak berdaya
untuk Hani mengalahkan tenaga kuat pemuda itu apatah lagi melihat beberapa
pasang mata sedang memerhatikan mereka. Hani menjadi malu diperhatikan begitu.
Namun, Tuah Iskandar bersikap selamba. Akhirnya Hani menurut sahaja langkah
pemuda itu memasuki pusat membeli belah terkemuka di ibu kota.
**********
Hani memandang Tuah
Iskandar yang sedang mengambil makanan. Serta merta bibirnya mengukir senyum.
Tak sangka Tuah Iskandar akan bersetuju makan di warung tepi jalan. Sangkanya
anak orang kaya akan makan di tempat high
class. Tapi sangkaannya meleset apabila Tuah Iskandar terus saja bersetuju
apabila dia cadangkan untuk makan tengahari di sebuah warung di tepi jalan.
Beberapa minit
kemudian, Tuah Iskandar sudah duduk di sisinya. Walaupun memegang status
‘kekasih’ tetapi dia tetap merasa janggal duduk berduaan dengan Tuah Iskandar.
Dulu, dia pernah makan berdua dengan Fahmi. Itupun Fahmi duduk berhadapan
dengannya. Senang untuk berbual sambil memandang di antara satu dengan lain,
kata Fahmi. Tetapi..dengan Tuah Iskandar dia merasa gelisah. Mungkin kerana
hubungan samar-samar mereka yang sejauh mana seriusnya.
Sepinggan kerang
rebus yang diletakkan di hadapan Hani membuatkan Hani menoleh ke arah Tuah
Iskandar.
“Awak suka kerang
rebus?” tanya Hani.
Tuah Iskandar
menggeleng.
“So, kenapa awak beli kerang rebus?”
“Kau yang suka,”
Hani terdiam lagi.
“Macam mana awak
tahu saya suka makan kerang rebus?”
“Jangan banyak
cakap. Makan saje,”
Hani memuncungkan
mulutnya. Tanya pun tak boleh. Hani pantas mendekatkan pinggannya. Nasi kosong
berlauk daging masak asam pedas itu disuakan ke dalam mulut. Walaupun rasanya
sedap tetapi Hani tidak berselera untuk makan. Tuah Iskandar di sisinya
dikerling.
Dia tahu buku apa
yang sedang aku cari. Dia tahu apa aku suka makan. Dia tahu cerita wayang apa
yang aku hendak tonton. Apa lagi yang dia tahu tentang aku?
Banyak dia tahu
tentang aku. Adakah dia benar-benar serius dengan hubungan ini? dan...bagaimana
dengan gadis yang di katakan kekasih dia? Gadis kolej lain yang cantik serta
seksi itu?
Hani bertanya
kepada diri sendiri. Banyak perkara yang masih samar-samar padanya. Semua
tentang Tuah Iskandar dia tidak tahu. Tetapi, Tuah Iskandar banyak tahu akan
perihal dirinya.
“Kenapa tak makan?”
soalan Tuah Iskandar menghalau lamunannya. Serta merta dia menggaul nasi
bersama kuah lalu disuakan ke mulutnya. Perlahan.
“Nah, makan,” Tuah Iskandar
meletakkan kerang yang siap dibuka kulitnya ke dalam pinggan Hani.
“Tak apa. saya
boleh buka sendiri,” Hani melarang namun Tuah Iskandar pantas saja membuka
kulit kerang dan isinya diletakkan ke dalam pinggan Hani. Buat seketika Hani
terasa dirinya dimanjakan. Buat seketika dia terasa seperti mempunyai seorang
kekasih yang menyayangi dirinya. Tetapi..
Hani melirik Tuah Iskandar
yang sedang leka makan. Melihat wajah kacak pemuda itu membuatkan hatinya
tenang. Entah kenapa dia merasa seperti sudah jatuh cinta. Adakah dia sudah
jatuh cinta dengan pemuda itu?
Tak mungkin baru
sehari keluar dengan Tuah Iskandar, dia sudah jatuh cinta?
Ingatannya kembali
kepada peristiwa tengahari tadi. Saat tangannya ditarik Tuah Iskandar untuk
masuk ke pusat membeli belah di ibu kota itu.
**********
Hani berjalan tanpa
mempedulikan Tuah Iskandar di sebelahnya. Malas untuk dia melayan pemuda itu
apatah lagi untuk berbicara. Marahnya terhadap Tuah Iskandar yang telah
pancitkan tayar kereta Julia masih bersisa. Di tambah pula dengan paksaan
keluar bersama pemuda itu. Dua tindakan yang kejam dalam satu masa!
Buat seketika,
hanya kesepian yang mengisi ruang di antara mereka. Baik Hani mahupun Tuah
Iskandar langsung tidak bersuara. Bagi Hani, dia lebih selesa begitu. Dia
sendiri tidak tahu apa yang hendak dibualkan dengan pemuda yang dia tidak
berapa kenal.
Penat berjalan, Hani
duduk di kerusi yang disediakan untuk berehat. Tuah Iskandar turut menuruti
Hani, duduk di sebelah gadis itu. Sekali pandang, Tuah Iskandar lagak pengawal
peribadi Hani. Menurut saja tanpa banyak bicara. Hal itu membuatkan Hani
tersenyum kecil.
“Ada masa setengah
jam lagi,” tiba-tiba Tuah Iskandar memecah kesunyian antara mereka.
“Setengah jam untuk
apa?” tanya Hani dengan pandangan pelik.
“Wayang akan
bermula,”
“Wayang?”
Tuah Iskandar
mengeluarkan sesuatu dari saku seluarnya. Kemudian dia menunjukkan pada Hani.
“Tiket wayang?”
“Kau nak tengok
cerita Istanbul aku datang kan?”
Hani terlopong.
Bagaimana Tuah Iskandar tahu apa cerita yang ingin ditonton bersama Julia?
**********
Hani tersenyum
apabila memikirkan di dalam panggung wayang. Sememangnya cerita Istanbul aku
datang sudah lama di nanti-nantikan. Tidak sabar melihat filem lakonan Lisa Surihani,
Beto Khusyairi dan juga Tomok. Cerita berlatar belakangkan Istanbul membuatkan
dia teruja. Dia yang begitu asyik menonton Istanbul aku datang, tidak sedar
Tuah Iskandar sudah terlelap di sebelahnya.
Hani tersenyum
melihat pemuda itu. Dalam kesamaran lampu, dia melihat wajah Tuah Iskandar. Wajah
itu sememangnya kacak. Tuah Iskandar kelihatan tenang semasa tidur. Tidak
seperti ketika sedar. Pemuda itu berwajah garang dan sukar tersenyum.
Tiba-tiba ada satu
perasaan menerpa ruang hatinya saat melihat wajah itu. Cepat-cepat Hani mengalihkan
pandangan. Tidak mahu dari terus menatap wajah itu. Tidak mahu perasaan aneh tu
datang. Tak mungkin!
“Ehem..”
Hani tersentak.
Tuah Iskandar di sebelahnya dipandang. Cepat-cepat dia menghabiskan nasi yang
masih banyak berbaki. Dalam mindanya terus berputar ligat.
Apa sebenarnya
hubungan dia dan Tuah Iskandar?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan