KERANA AKU SAYANG KAU (BAB 14)
BAB 14
Tuah Iskandar melangkah
perlahan menuju ke kedai telefon yang terletak di pusat membeli belah Sunway
Piramid. Dia ingin menukar telefon bimbitnya yang akhir-akhir ini kerap
bermasalah. Baru saja Tuah
Iskandar hendak menapak masuk ke dalam kedai tersebut, telefon bimbitnya
berbunyi. Pantas dijawab meskipun dia kurang senang dengan si pemanggil.
“Hai, Tuah,” sapa
suara di hujung talian. Manja, sepeti selalu.
“Kau nak apa?”
tidak sesekali dia tergoda dengan kemanjaan yang di pamerkan Lilia.
“Nothing. Cuma nak ajak kau keluar
sekarang ni. Kita jalan-jalan nak?”
“Sorry, aku sibuk sekarang,”
“Hmm..kalau malam
ni? Kita pergi clubbing?”
“Maaf, aku tak
berminat,”
“Tuah,”
“Lilia, aku tak
berminat dengan perlawaan kau. Ada apa-apa lagi?”
“Erk..”
“Kalau tak ada
apa-apa, aku out dulu,”
Segera talian di
matikan. Tanpa memikirkan si pemanggil, Tuah Iskandar terus masuk ke kedai Samsung.
Saat dia melangkah
keluar dari kedai tersebut, tiba-tiba matanya terlihat satu pasangan yang
sangat mesra. Kelihatan si perempuan itu memegang erat tangan pasangannya
sambil tersenyum manja. Walaupun kelihatan umur perempuan itu jauh lebih muda
dari pasangannya namun, mereka tidak segan silu keluar berpegang tangan. Hati
Tuah Iskandar mula mendidih.
Tangannya digenggam
erat. Perasaannya terbakar melihat pasangan itu. Matanya tidak berganjak dari
memerhatikan gelagat merpati dua sejoli itu.
Tiba-tiba langkah
lelaki itu terhenti saat terpandangkan Tuah Iskandar. Lelaki tu kaku berdiri
tidak jauh daripadanya. Kelihatan perempuan di sebelahnya terpinga-pinga. Dan
Tuah Iskandar masih berdiri dengan wajah yang serius.
“Tuah!”
**********
Suasana di kelab
malam pada malam itu riuh seperti biasa, tidak kira hujung minggu atau hari
biasa, pelanggan tidak putus-putus datang. Suasana yang hingar bingar dengan
muzik yang kuat di tambah lagi dengan keriuhan pelanggan yang hadir membuatkan
masing-masing hanyut dalam dunia sendiri. Dari jauh kelihatan seorang gadis
sedang duduk bersendirian. Sesekali ada pemuda yang menyapa namun ditolak
lembut. Di tangannya memegang telefon bimbit berjenama. Wajahnya kelihatan
tegang.
“Kau memang sengaja
cari nahas Tuah. Kau tak tahu lagi siapa aku,” Lilia menggenggam erat telefon
bimbitnya. Marahnya pada Tuah Iskandar membuak-buak. Mentah-mentah pemuda itu
menolak perlawaannya. Bukan sekali, malah pemuda itu sering saja menolak
ajakannya. Niatnya untuk berduaan dengan Tuah Iskandar tidak pernah berhasil.
“Kau akan menyesal
dengan apa yang kau buat pada aku, Tuah,” bisik Lilia sendirian. Dalam mindanya
terbayangkan wajah kacak Tuah Iskandar. Kerana wajah kacak itulah dia jatuh
cinta meskipun sikap Tuah Iskandar
begitu dingin terhadapnya.
“Lilia,” tiba-tiba
dia disapa oleh satu suara beserta satu tepukan di bahunya.
“Eh, datin. Dah
lama sampai?” tanya Lilia kepada Datin Maria.
“Baru saja sampai,”
ujar Datin Maria tersenyum ramah.
“Datin datang
dengan siapa?”
“Dengan siapa lagi
kalau bukan..” Datin Maria tidak menghabiskan kata-katanya sebaliknya matanya
memandang ke arah seorang lelaki muda, berwajah agak kacak yang sedang duduk
tidak jauh dari situ. Kemudian mereka berbalas-balas flying kiss. Naik meluat juga Lilia melihat gelagat seorang wanita
yang sudah tua beserta anak ikannya. Nasib baiklah Datin Maria ibu kepada Tuah Iskandar,
jika tidak, jangan haraplah dia hendak melayan kerenah wanita tua itu.
“Lilia, sure kat sini line clear?” tanya Datin Maria.
“Datin jangan
risau. Tempat ni clear. Tuah tak datang
malam ni,” beritahu Lilia.
“I sebenarnya malas
nak ke mari tapi Ikram tu nak sangat datang tempat ni. Puas I pujuk dia tetap
mahu ke sini juga,”
“Mungkin dia rasa
seronok di sini. Lagipun inikan kelab yang terkenal di KL, datin. Pasti ramai
yang suka datang ke sini,”
Datin Maria
mengangguk-angguk.
Seketika mereka
berbual. Memang hubungan di antara Lilia dan Datin Maria baik. Mereka bertemu
di sebuah salon rambut dan bertukar-tukar nombor telefon. Malah, Ikram yang di katakan
‘kekasih’ Datin Maria merupakan kenalan Lilia yang di perkenalkan Lilia kepada
Datin Maria. Lilia tahu niat Ikram hanyalah duit semata-mata. Jika tidak,
masakan dia mahu melayan kerenah wanita tua itu.
Sebaik saja
mendapat tahu Datin Maria adalah ibu kepada Tuah Iskandar, semakin Lilia cuba
merapatkan hubungan mereka. Dia mahu Datin Maria menyukai dirinya. Manalah tahu
kalau-kalau Datin Maria ingin menjadikan dia sebagai menantu. Dia juga yang
untung.
Namun, kebaikan
yang di tunjukkan hanyalah lakonan semata-mata. Dia berbuat baik dengan Datin
Maria hanya di sebabkan Tuah Iskandar. Selebihnya, dia merasa jengkel melihat
Datin Maria bersama kekasih mudanya itu. Amat menggelikan!
“Okaylah Lilia. I
nak pergi kat Ikram. Tak boleh tinggalkan lama-lama sangat. Perempuan-perempuan
kat sini, bukan boleh percaya,” ujar Datin Maria sambil tersenyum manja.
Lilia pura-pura
tersenyum.
Bukan
perempuan-perempuan kat sini saja yang tidak boleh di percayai. Kekasih awak tu
lagi tidak boleh di percayai datin oiii…Sempat Lilia mengomel sendiri.
Muzik rancak terus
bergema. Ramai pengunjung yang menari mengikut rentak lagu. Terhuyung hayang
bagaikan tiada panduan. Ada yang sedar malah ada juga yang mabuk. Semuanya
sudah menjadi sebati apabila berada di situ.
Dari satu sudut,
seorang pemuda sedang melangkah…menuju ke arah kelompok orang ramai tanpa
sesiapa yang menyedari kehadirannya.
**********
“Tuah!”
Berubah riak muka
Lilia apatah lagi Datin Maria apabila melihat kelibat Tuah Iskandar di situ.
Wajah Tuah Iskandar begitu serius. Matanya tepat merenung ke arah Datin Maria
yang baru saja hendak melangkah kaki menghampiri kekasihnya. Datin Maria
keliahatan kelam kabut. Lilia yang berada dalam di tengah-tengah dua beranak itu
cepat-cepat mententeramkan keadaan yang kelihatan agak tegang meskipun tiada
satu suara yang kedengaran di antara dua beranak itu.
“Tuah..sebenarnya..”
Lilia tidak
menghabiskan kata-katanya apabila Tuah Iskandar mengangkat tangannya menyuruh
Lilia tidak bersuara. Ternyata pemuda itu tidak mahu mendengar sebarang
penjelasan kerana yang terselindung selama ini telah nyata kelihatan.
“Tuah..mama..”
giliran Datin Maria pula bersuara. Tetapi kali ini Tuah Iskandar tidak menahan
sebaliknya membiarkan saja wanita di hadapannya itu memberikan penjelasan.
Namun, Datin Maria
bagaikan kehilangan kata-kata. Apa yang perlu di perjelaskan kepada Tuah Iskandar.
Bercakap benar bererti membuka pekung di dada. Bercakap bohong? Apa yang perlu
di bohongkan tatkala ini. Ternyata fikirannya tidak mampu mencipta sebarang
alasan di saat-saat genting ini.
Tuah Iskandar
merenung tajam ke arah Datin Maria yang kelihatan serba tidak kena. Tanpa
sebarang ungkapan, tanpa sebarang kata-kata, Tuah Iskandar meninggalkan Datin
Maria dan Lilia yang masih lagi berada dalam keadaan gusar.
“Kojek!” tegas
suara Tuah Iskandar memanggil Kojek yang sedang duduk melepak bersama dua gadis
di sisinya di kelab malam itu.
“Oh, Tuah. Kenapa?”
sapa Kojek dengan satu senyuman di bibirnya.
“Pukul berapa
perlumbaan malam ni?”
Pertanyaan Tuah
Iskandar membuatkan Kojek sedikit terkejut.
“Bukankah kau tak
nak berlumba malam ni?” tanya Kojek inginkan kepastian.
“Jawab saja sebelum
aku ubah fikiran,”
Kojek tersenyum.
Dia lantas bangun dan mendapatkan Tuah Iskandar. Bahu Tuah Iskandar
ditepuk-tepuk. Ternyata keputusan Tuah Iskandar menggembirakan hatinya.
**********
Kojek tersenyum.
Sememangnya kemenangan Tuah Iskandar malam itu sudah dapat di duga. Pemuda itu
bukan calang-calang pelumba. Tuah Iskandar memiliki kepakaran tersendiri dalam
mengemudi motosikalnya untuk berlumba.
Kojek sukakan Tuah
Iskandar. Meskipun Tuah Iskandar bukanlah orang bawahannya tetapi pemuda itu
menggunakan nama kumpulannya untuk menyertai perlumbaan. Secara tidak langsung,
kemenangan Tuah Iskandar memberikan habuan yang lumayan kepada Kojek apatah
lagi Tuah Iskandar tidak pernah meminta habuannya. Namun, untuk menjaga hati
Tuah Iskandar, Kojek hulurkan juga wang hasil kemenangan.
Dari satu sudut
kelihatan Tuah Iskandar sudah bersiap-siap untuk pulang. Dia berpuas hati
kerana dapat berlumba malam itu. Rasa geramnya terhadap papa dan mamanya
membuatkan dia menyertai perlumbaan malam itu. Meskipun kemenangan itu masih
tidak dapat menghilangkan amarahnya namun dengan cara itu saja dia dapat
melepaskan geram.
Masih terbayang
kelibat papa dengan perempuan yang jauh lebih muda dari papanya, berjalan mesra
berpegang tangan. Masih terimbas kelibat mamanya yang sedang berpeluk mesra
dengan seorang lelaki yang boleh di panggil anak di kelab malam. Semuanya
menyakitkan hati. Semuanya membuatkan emosinya tidak stabil.
Apa sebenarnya yang
berlaku dalam keluarganya? Ternyata keluarganya sekarang sedang berada di ambang
kehancuran. Ah!
“Tuah!” suara Lilia
membuatkan dia cepat-cepat menghidupkan enjin motornya. Tidak mahu dia berdepan
dengan gadis itu. Dia yakin Lilia mempunyai kaitan dengan skandal mamanya. Dia
yakin Lilia tahu akan semua ini.
“Tuah!” Lilia kini
sudah berada di hadapan motornya, menghalang Tuah Iskandar dari terus pergi.
Tuah Iskandar tidak
berkata apa-apa. Seperti biasa, dia hanya mendiamkan diri meskipun di dalam
dadanya tersimpan amarah yang begitu melangit.
“Tuah, apa yang berlaku
tak seperti apa yang kau fikirkan,” Lilia cuba menegakkan benang yang basah.
Dia mahu membersihkan namanya. Dia tidak mahu Tuah Iskandar menuduhnya
berkomplot dengan Datin Maria. Dia tidak mahu Tuah Iskandar memandang negatif
terhadap dirinya.
“Apa yang aku
fikirkan?” soal Tuah Iskandar sengaja mendera perasaan Lilia.
“Datin Maria..dia..dia..”
“Lilia, satu aku
minta dari kau,”
Lilia memandang ke
wajah Tuah Iskandar. Berdebar menanti bicara seterusnya dari pemuda itu.
“Jauhi diri kau
dari keluarga aku,”
Lilia terkedu dan
Tuah Iskandar terus memecut motornya, berlalu meninggalkan Lilia yang
terpinga-pinga.
**********
Tuah Iskandar memakir
motornya di hadapan rumah. Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Rasa kantuk
tiba-tiba menyerang matanya. Esok dia ada kuliah. Entah boleh sedar atau tidak,
dia tak pasti. Kepalanya terasa berat.
Baru saja dia
membuka pintu rumah, satu suara menegurnya.
“Kamu baru balik,
Tuah?”
Rasa kantuknya
tiba-tiba hilang saat terlihat Dato’ Hasyim di ruang tamu. Wajah lelaki itu
tenang saja. Tiada tanda-tanda marah, tiada tanda-tanda bersalah..sehingga
sukar untuk Tuah Iskandar mentafsirkan maksud di sebalik wajah itu.
“Tuah,” Dato’
Hasyim cuba mendapatkan Tuah Iskandar namun Tuah Iskandar bertindak menjauhi
lelaki itu. Marahnya bukan satu mainan. Marahnya bukan laksana anak-anak kecil
yang mudah dipujuk. Dia sudah besar, sudah dewasa. Dan kerana itu perasaannya
terguris saat menyaksikan drama papa dan mamanya bersama orang lain.
“Tuah, izinkan papa
terangkan semuanya pada kamu. Kamu dah salah sangka dengan papa. Perempuan yang
kamu nampak siang tadi..”
“Saya tak mahu
dengar apa-apa,” ujar Tuah Iskandar, tidak berminat untuk mendengar sebarang
penjelasan.
“Tetapi kamu perlu
dengar kerana kamu perlu tahu. Perempuan itu sebenarnya isteri papa,”
Tuah Iskandar terperanjat mendengar pengakuan Dato’ Hasyim.
Isteri? Papanya sudah berkahwin lagi? Tanpa pengetahuan dia? Tanpa pengetahuan
mama?
Tuah Iskandar memandang papanya. Terasa kecil saja Dato’
Hasyim pada pandangan matanya.
“Tuah,”
“Dah pukul dua
pagi,”
“Tapi..”
“Esok saya ada
kuliah. Saya nak tidur,”
Dato’ Hasyim tidak
dapat melarang keputusan Tuah Iskandar. Dia hanya mampu melihat saja anak
tunggalnya itu berlalu sebelum bayangannya hilang masuk ke dalam bilik.
Dato’ Hasyim
melepaskan satu keluhan yang berat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan