KERANA AKU SAYANG KAU (BAB 9)
BAB 9
Deringan telefon
bimbit menjerit-jerit minta diangkat. Namun, Tuah Iskandar hanya memandang
dengan pandangan sepi. Kemudian, deringan itu berhenti. Tuah Iskandar kembali
mengalihkan pandangan ke arah skrin televisyen yang besar yag terdapat di ruang
tamu rumah banglo dua tingkat itu.
Keadaan rumah besar
itu sunyi sepi. Hanya suara dari televisyen sahaja yang meriuhkan suasana. Tuah
Iskandar mengeluh seketika. Kemudian, dia memicit alat kawalan televisyen,
menukar dari satu rancangan ke rancangan yang lain. Tiada rancangan yang
menarik minatnya. Semuanya membosankan. Dan akhirnya dia menekan butang off.
Suasana terus sepi…
Tuah Iskandar
membaringkan tubuhnya di atas sofa. Menarik nafas dalam-dalam. Bayangan gadis itu muncul di fikirannya. Pada
penilaiannya, paras rupa gadis itu biasa-biasa saje. Mungkin lebih kepada comel
berbanding cantik. Mungkin kerana tubuhnya yang genit menyebabkan gadis itu
kelihatan lebih muda dari usia sebenar.
Namun, ini bukan
soal rupa. Dia tidak pernah menilai seseorang hanya berdasarkan rupa. Jadi,
sebab apa dia memilih gadis itu jika bukan berdasarkan rupa? Kerana budi
pekertinya? Tidak! Bukan kerana pekertinya kerana dia tidak pernah mengenali
gadis itu. Meskipun dia yakin gadis itu dalah orang baik-baik tetapi dia tidak
tahu sikap sebenar gadis itu.
Jadi, apa sebab dia
memilih gadis itu menjadi kekasihnya?
Tiada sebab
Dia hanya tahu dia
sukakan gadis itu.
Dan kerana suka,
dia ingin menjadikan gadis itu kekasihnya.
Dia tidak tahu
bagaimana cara untuk melamar gadis itu menjadi kekasihnya. Dia bukan lelaki
yang romantik. Dia bukan lelaki yang pandai menyusun ayat-ayat manis untuk
gadis yang diminati. Dia tidak tahu semua itu. Apa yang dia tahu, dia sukakan
gadis itu. Apa cara dan bagaimana, semua itu tak penting. Yang penting, dia sudah
meluahkan perasaannya.
Kini..Hani adalah
kekasihnya. Suka atau tidak, gadis itu kini adalah kekasihnya. Sengaja dia
membuat keputusan sendiri tanpa mendengar jawapan gadis itu kerana dia tidak
mahu kemahuannya ditolak. Dia tidak mahu Hani menolak cintanya.
Jika di fikirkan
apa yang telah dia lakukan…memang gila dan tak masuk akal. Tanpa sebarang
kata-kata, dia sudah membuat keputusan yang Hani adalah kekasihnya.
Biarlah..biarlah apa orang akan kata dengan caranya yang penting, dia ikhlas.
Dia ikhlas mencintai gadis itu.
Kelakar sungguh!
Tuah Iskandar jatuh cinta? Bagaikan tak dapat di percayai. Kalau Zulkifli tahu
tentang hal ini, pasti pecah perut rakannya itu ketawa. Tuah Iskandar di lamun
cinta? Dengan budak satu fakulti dengan Zulkifli? Sungguh tak masuk akal!
Tapi itulah
kenyataannya. Tinggal setahun lagi dia di kolej, hatinya terusik untuk
mengenali seorang gadis. Buat kali pertamanya dia bersungguh-sungguh tentang
soal hati dan perasaan. Buat kali pertamanya hatinya berirama apabila melihat
seorang gadis. Buat kali pertamanya dia jatuh cinta!
Namun, adakah gadis
itu mengakui yang mereka kini adalah pasangan kekasih?
Deringan telefon
membuatkan dia tersentak. Secara spontan dia menjawab panggilan itu. Namun,
suara yang kedengaran di hujung talian membuatkan dia mengeluh. Kesal juga
kerana menjawab panggilan tersebut. Jika dia tahu sang pemanggil ini yang
membuat panggilan, pasti dia akan membiarkan saja deringan telefon itu berbunyi
dan terus berbunyi.
“Tuah, kau dekat
mana ni?” terdengar rengekan manja Lilia di hujung talian.
“Kenapa?”
“Dari tadi aku call, engkau tak angkat pun,”
“Kau nak apa?”
“Tuah, boleh tak
kau berlembut sikit bila bercakap dengan aku? Ini tak, suara macam orang nak
marah saje sepanjang masa,”
“Itu cara aku. Kalau
kau tak suka, kau tak payah call
aku,”
Terdengar degusan
kasar di hujung talian.
“So, apa kau nak?” Tuah Iskandar sudah
malas untuk berbual dengan Lilia. Terasa ingin di matikan saja talian namun dia
masih ada perasaan kasihan. Masih ada belas ihsan.
“Are you free tonight?”
“Tak. Aku busy?”
“Kau ada apa?”
“Kau tak payah nak
tahu apa aku buat. Just do your own
business,”
“Tuah,”
“Lilia, kalau tak
ada perkara penting, aku off dulu,”
Sekali lagi Lilia
mendegus kasar.
Belum sempat Lilia
menjawab, Tuah Iskandar segera memutuskan talian. Sudah bosan dengan sikap
Lilia yang seperti tidak faham bahasa. Kemudian, dia meletakkan telefon
bimbitnya di atas meja dan dia kembali memikirkan gadis bertudung itu.
Baru saja dia
hendak bermonolog dengan diri sendiri, telefon bimbitnya berdering lagi. Dia
menjengah nama yang tertera. Memilih nama yang perlu dijawab dan nama yang
perlu diabaikan panggilannya. Namun, panggilan kali ini bukan dari si pengacau.
Lantas, dia menjawab.
“Pagi ini,” suara
Kojek terus menuju ke gegendang telinganya. Tanpa salam, tanpa bertanya khabar,
Kojek terus kepada tujuannya.
“Pukul berapa?”
“Satu pagi,”
“Di mana?”
“Tempat biasa,”
“Okay,”
“Tuah,”
“Hmm..”
“Kali ini aku nak
kau menang sebab kali ini habuannya sangat besar,”
Tuah Iskandar diam.
“Aku tahu kau tak
akan menghampakan aku,” ujar Kojek separuh berbisik dan kemudian di ikuti
dengan tawa yang mengilai sebelum memutuskan talian.
Tuah Iskandar
memandang jam di tangannya. Baru jam sembilan malam. Masih banyak masa lagi. Lantas
dia terus berbaring di sofa sambil melelapkan mata.
**********
“Siapa perempuan
tu?”
“Perempuan mana
ni?”
“Hei, I ni belum
buta lagi tahu tak? You jangan ingat I tak nampak you dekat hotel tadi,”
“Apa yang you
merepek ni?”
“Oh, bukan main
mesra lagi. Siap berpegang tangan, peluk-peluk pinggang. You ingat I tak nampak?”
“Oh, jadi you
mengintip I lah? You dah tak ada kerja lain?”
“Jadi, betullah
perempuan gatal tu perempuan simpanan you? Dasar lelaki tak sedar diri. Dah tua
masih ada hati nakkan perempuan muda. Hei, orang tua. Sedarlah sikit diri you
tu,”
“You jangan nak
mengata I sebelum you cermin diri you sendri,”
“Apa yang you
cakapkan ni?”
“Telinga I ni masih
belum pekak. You ingat I tak tahu you ada anak ikan? Budak mentah entah dari
kolej mana. Berapa you bayar dia sebulan ha?”
“You jangan nak
menutup salah you dengan cari salah I pulak,”
“Memang itu
kenyataannya kan?”
“You lelaki tua
gatal tak sedar diri,”
“You tu perempuan
murahan!”
“Shut up!”
Pertengkaran yang
berlaku di antara sepasang suami isteri terus terhenti apabila terdengar
jeritan anak tunggal mereka. Serentak mereka berdua berpaling.
Tuah Iskandar
mengambil jaket yang tersidai di atas sofa dan mencapai kunci motornya. Tanpa
berpaling, tanpa sebarang kata, dia melangkah keluar dari rumah itu. Beberapa
saat selepas itu kedengaran ngauman enjin motor berkuasa tinggi terus membelah
kepekatan pada malam itu.
Hati Tuah Iskandar
membara.
**********
Kojek menepuk-nepuk
tangannya sambil melangkah menghampiri Tuah Iskandar. Saat berdepan dengan
pemuda itu, dia menepuk bahu Tuah Iskandar dengan senyuman yang terukir di
bibirnya.
“Syabas Tuah!
Syabas,”
Tuah Iskandar diam
sahaja.
“Aku suka kau. Kau
dah buat aku untung besar,” Kojek tertawa puas.
“Aku tak akan
lupakan habuan untuk kau. So, enjoy your
night,” ujar Kojek sambil menghulurkan satu sampul yang berisi wang hadiah
kemenangan malam itu beserta dengan seorang gadis yang berdiri di sebelahnya
dengan pakaian ketat, sendat dan seksi.
“I ikut you balik
ya sayang,” gadis seksi itu memegang lengan Tuah Iskandar sambil
menggesel-geselkan badannya ke arah Tuah Iskandar.
“Tak payah. Aku tak
nak kau. Kau baliklah rumah kau,” Tuah Iskandar menolak. Dia mempunyai
pendirian sendiri. Dia bertanding bukan untuk wang apatah lagi perempuan. Dia
bertanding hanya untuk memuaskan hatinya! Hanya untuk membebaskan diri daripada
masalah. Itu saja!
“Tapi, I kan milik
you. Biar I buat you happy malam ni,”
“Aku kata aku tak
mahu kau, faham!”
“Tapi..”
Belum sempat Tuah
Iskandar membalas kembali kata-kata gadis seksi itu, tiba-tiba satu suara
menerpa ke arah mereka beserta satu tolakan keras ke atas gadis seksi itu
menyebabkan gadis itu terjatuh.
“Hei perempuan.
Mamat ni kata tak nak, tak naklah. Kau tak faham bahasa ke?”
Gadis seksi itu
bangun dan terus melangkah dengan bebelan yang entah apa-apa.
Tuah Iskandar
memandang insan di hadapannya itu.
“So, inilah yang di katakan busy sangat tu?” perli Lilia dengan satu
renungan tajam ke arah Tuah Iskandar.
“Ya, kenapa?” jawab
Tuah Iskandar bersahaja.
“Tuah, kenapa kau
selalu mengelak dari jumpa aku?”
“Aku tak mengelak.”
“So, kenapa setiap kali aku ajak kau
keluar, ada saja alasan yang kau bagi. Tapi, bila Kojek suruh berlumba, kau ada
saje masa. Why?”
“Sebab aku rasa tak
ada apa yang penting untuk keluar dengan kau,”
“Tuah..kita kawan
kan?”
“Ya kita kawan,”
“So?”
“Sebagai kawan, kau
tak ada hak nak control apa aku buat.
Faham!”
Tuah Iskandar
segera memakai topi keledarnya dan terus menekan minyak motosikalnya. Hanya
dengan kiraan dua saat, Lilia ditinggalkan dalam keadaan yang terpinga-pinga.
‘Tak guna kau,
Tuah!’ Lilia mengepal penumbuknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan