KERANA AKU SAYANG KAU (BAB 12)
BAB 12
Hani melabuhkan
punggungnya di atas katil. Beg kuliah yang disandangnya diletakkan di sebelah.
Matanya memerhatikan sesuatu yang terletak di atas meja belajarnya. Lama dia
merenung dan akhirnya dia mengeluh kecil.
Perlahan dia bangun
dari duduknya dan menghampiri meja belajarnya. Pantas dia mencapai tiga kuntum
ros merah yang sudahpun diletakkan di dalam pasu. Dan pasu itu dimasukkan air
di dalamnya, agar bunga ros itu tidak segera layu.
Hani merenung
kuntuman bunga itu. Meskipun masih tidak pasti siapa pengirim bunga tersebut
namun entah kenapa hatinya kuat menyatakan yang bunga ini datangnya dari pemuda
itu. Pemuda yang tiba-tiba hadir dalam hidupnya.
Walaupun
terus-terusan menafikan perasaannya terhadap pemuda itu namun jauh di sudut
hatinya rasa bangga kerana dapat mengenali pemuda itu. Masakan tidak, Tuah
Iskandar yang di sebut-sebut pelajar-pelajar perempuan di kolej kini menjadi
kekasihnya. Walaupun status sebenar hubungan mereka masih samar-samar namun
setidak-tidaknya, namanya sudah termasuk di dalam kamus hidup Tuah Iskandar.
Bukan mudah untuk mendekati pemuda itu tetapi dia berjaya menyusup masuk ke
dalam kehidupan pemuda itu. Malah bukan dia yang datang kepada pemuda itu
tetapi Tuah Iskandar sendiri yang datang kepadanya.
Bangga. Ya, dia
merasa bangga. Kalaulah gadis-gadis di kolej ini tahu akan hubungan mereka,
pasti kecoh jadinya. Apatah lagi Julia dan Syasya yang kerap menjadikan Tuah
Iskandar sebagai topik perbualan mereka.
Namun, cukupkah
hanya setakat bangga? Bagaimana perasaan dia yang sebenar? Sukakah dia pada
Tuah Iskandar?
Entah! Dia tidak
tahu. Apa yang dia tahu sekarang ini, perasaannnya menjadi tidak tenang saat
dia mengenali Tuah Iskandar. Degupan jantungnya berdenyut laju saat dia
bersemuka dengan pemuda itu. Antara takut atau suka, dia sendiri keliru yang
mana satu perasaan yang sebenar.
**********
Hani berjalan dari
satu rak buku ke satu rak buku. Mencari-cari buku rujukan yang disyorkan oleh
Prof. Ismail bagi tugasan subjek Patologi. Tugasan itu perlu disiapkan minggu
hadapan. Hani sudahpun mempunyai beberapa buku rujukan Patologi tetapi menurut
Prof Ismail, kebanyakkan jawapan bagi tugasan itu terkandung di dalam buku Basic Pathology Vol 1.
Setelah hampir 20
minit mencari, Hani mengeluh. Mungkin pelajar lain sudah meminjam buku
tersebut. Entah siapalah yang bernasib baik. Terpaksalah dia membuat rujukan
menggunakan buku lain ataupun mengunakan google
sebagai bahan rujukan.
“Hai Hani,”
Hani pantas menoleh.
Kelihatan Iqbal berdiri di hadapannya sambil mengepit sebuah buku di tangannya.
“Buat apa?” tanya
Iqbal yang pada Hani merupakan soalan yang tak releven di saat itu.
“Dah kat
perpustakaan, mestilah cari buku. Takkan cari kain pula,” perli Hani dan Iqbal
hanya tersengih-sengih.
“Kau cari buku yang
Prof. Ismail cakap tu?” tanya Iqbal sambil bersandar di salah satu rak buku di
situ.
“Aah. Tak jumpa
pula. Kau jumpa?”
“Kau ni Hani.
Semalam Prof. bagi tugasan ni, baru hari ni kau nak cari? Dah tentulah ada pelajar
yang dah ambil buku tu. Lagipun aku dah tanya pada perpustakawan kolej. Dia
orang kata buku tu sudah ada peminjam,”
Hani mengeluh.
“Alah, kau google sajalah. Sekarang ni semua
maklumat di hujung jari tahu tak?”
“Ya, aku tahu. Tapi
aku nak sangat tengok buku yang di katakan Prof Ismail tu. Dah Prof yang
syorkan, tentu bukunya bagus,”
“Tapi dah tak ada,
nak buat macam mana,”
Hani mengangguk
lemah. Kemudian, Iqbal meminta diri untuk kembali ke asrama dan Hani melangkah
perlahan mendapatkan Julia dan Syasya yang sedang kusyuk mengulangkaji
pelajaran.
“Ada?” tanya Julia.
Hani pantas
menggeleng menyebabkan tiga sekawan itu mengeluh kecil.
**********
Hani duduk di meja
belajar di dalam biliknya. Tujuannya untuk mengulangkaji pelajaran malam itu
sering terganggu saat terpandangkan bunga mawar yang masih menghiasi meja
belajarnya. Serta merta fikirannya teringatkan pemuda itu.
Ah! Jangan
difikirkan sangat Hani. Belajar…belajar…
Hani menasihati dirinya sendiri. Cuba mengikis wajah
Tuah Iskandar dari mindanya.
Baru saja dia
hendak fokus pada buku di hadapannya, telefon bimbitnya berbunyi.
Isy, siapalah yang
telefon malam-malam ni. Bebel Hani sempat mengerling jam di atas meja. Pukul
sepuluh malam.
“Hello,” bicara Hani
sebaik saja membenarkan panggilan itu masuk.
“Hello,”
Suara di hujung
talian membuatkan Hani tergamam seketika. Hatinya mula berdegup kencang. Dia
kenal benar pada suara garau itu. Kenapa dia telefon malam-malam begini?
“Erk..siapa ni?” tanya
Hani ingin mendapatkan kepastian meskipun dia yakin akan pemilik suara
tersebut.
“Aku,” ringkas
bicara Tuah Iskandar.
Sah! Memang dia.
Tapi, dari mana dia dapat nombor telefon aku? Ah! Pasti Tuah Iskandar tahu mana
nak cari nombor telefonnya. Bukannya susah sangat. Lagipun Zulkifli satu
fakulti dengannya. Senang-senang saja boleh cari.
“Nak apa?” tanya
Hani memberanikan diri. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini dia sudah berani
bercakap dengan Tuah Iskandar. Tidak seperti di awal perkenalan mereka, kini
Hani sudah boleh bersuara.
“Kau buat apa?’
Huh! Tak romantik
langsung. Suara kasar, langsung tiada nada. Mendatar saja. Macam manalah ramai
orang boleh terpikat dengan dia ni?
“Erk..saya tengah study,” berani-berani Hani masih juga
ada getar pada suaranya. Iyalah, bercakap dengan gangster mana tidak takut.
Salah cakap nanti, dia panggil geng-geng dia nanti bagaimana? Jadi, Hani cakap
baik-baik saja selagi tidak menyusahkan.
“Kau turun bawah sekarang.
Aku ada kat bawah bukit,”
“Ha?”
“Sekarang!”
Belum sempat Hani
menjawab, talian diputuskan. Hani memandang telefon bimbitnya dengan perasaan
bengang.
Dia fikir dia
siapa? Suka-suka arahkan aku ke sana, ke mari. Ingat aku ni hamba dia ke? Aku
belum bagi jawapan lagi, dia dah buat keputusan. Eeeiiii…geramnya aku.
Hendak tak nak,
Hani terpaksa juga turun ke bawah asrama apabila panggilannya telefonnya
langsung tidak di pedulikan Tuah Iskandar. Dia tahu pemuda itu sengaja tidak
mahu mengangkat panggilannya kerana pemuda itu tidak mahu mendengar sebarang alasan.
Isy!
Malam itu masih
ramai lagi pelajar-pelajar yang berkeliaran. Hani terpaksa menapak menuju ke bawah
bukit. Tempat terakhir kaum adam boleh menjejakkan kaki sebelum sampai ke
asrama puteri. Dari jauh Hani dapat melihat seseorang di bawah pokok dan Hani
tahu itu adalah Tuah Iskandar melihatkan susuk tubuhnya yang agak sempurna.
Dan kini...Hani
berdiri betul-betul di hadapan Tuah Iskandar. Kelihatan pemuda itu memakai sweater yang ada hook di kepala. Mungkin untuk melindungi dirinya dari dilihat orang
lain. Huh! Takut sangat ke orang lain tahu hubungan samar-samar mereka ni?
“Nak apa?” tanya
Hani. Takut-takut bertentang mata dengan Tuah Iskandar. Entah kenapa berhadapan
dengan Tuah Iskandar malam itu melahirkan satu perasaan aneh.
Tuah Iskandar
menghulurkan satu bungkusan kepada Hani. Hani mengerutkan dahinya.
“Apa ni?”
“Tolong aku taip assignment aku ni,”
“Ha?”
“Tak dengar? Nak
aku ulang?”
“Kenapa saya kena
buat assignment awak?”
“Sebab kau awek
aku,”
Hani tersenyum
sinis.
“Bila pula saya
terima untuk jadi kekasih awak? Dan lagi satu, kalau saya makwe awak pun, saya
takkan buat kerja-kerja awak ya,”
Wah! Beraninya Hani
berkata begitu dengan Tuah Iskandar. Mentang-mentang Tuah Iskandar sudah
menganggap dia seperti kekasih…
Tuah Iskandar diam.
Matanya merenung tajam ke arah Hani menyebabkan denyutan jantung Hani menjadi
tidak stabil. Entah kenapa perasaan beraninya tiba-tiba bertukar menjadi takut.
Dia jadi takut kalau-kalau Tuah Iskandar marah.
“Kali ini saja
tau,” Hani akhirnya mengalah. Dengan lemah, dia mencapai bungkusan yang berisi
buku itu dan Tuah Iskandar terus saja berlalu. Tanpa senyuman, tanpa ucapan
terima kasih…Tuah Iskandar pergi begitu
sahaja.
Hani semakin tidak
memahami pemuda itu.
**********
Hani mencampakkan
bungkusan yang diberi Tuah Iskandar itu ke atas katil. Rasa marahnya tiba-tiba
meluap terhadap pemuda itu. Suka-suka sahaja mengarahkan dia menaipkan assignment pemuda itu.
Dia ingat aku ni
tak ada kerjakah? Dia fikir dengan mengambil aku jadi kekasih dia, dia boleh
suka-suka menggunakan aku?
Hani mengutuk-ngutuk
Tuah Iskandar. Memang anak orang kaya begini gayanya. Mengambil jalan mudah
dengan membuli orang yang lemah. Dan orang yang lemah itu adalah dirinya. Aduh!
Hani mencapai
bungkusan yang berisi buku itu. Bilalah agaknya dia nak menaip assignment Tuah Iskandar. Pasti
mengambil masa kerana dia budak perubatan, bukannya ambil jurusan perniagaan.
Pasti ada istilah-istilah perniagaan yang dia tak tahu.
Huh! Menyusahkan
orang betul.
Tiba-tiba Hani
menjadi kaku. Tubuhnya berhenti dari bergerak. Matanya tepat memandang ke arah
buku yang baru dikeluarkan dari bungkusan plastik hijau. Tajuk buku itu membuatkan
dia tekedu seketika.
Basic Pathology Vol 1
Bersama itu ada
sekeping nota yang terselit.
Good Luck. –Aku-
Dan Hani terus
terkesima.
Tuah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan