KERANA AKU SAYANG KAU (BAB 4)
BAB 4
“Pukul berapa game start?” tanya Tuah Iskandar sambil
menghembuskan asap rokok ke udara. Asap rokok bagaikan membentuk awan dan
akhirnya hilang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Zulkifli
melirik ke arah rakannya.
“Aku betul- betul tak faham dengan
kau ni, Tuah. Apa yang kau nak sebenarnya?”
Tuah Iskandar tidak
menjawab sebaliknya menyedut lagi rokok dan sekali lagi menghembuskan asap yang
berbahaya ke persekitaran.
“Kenapa kau join game tu? Nak kata kau nakkan duit,
tidak. Family kau kaya raya. Tujuh
keturunan pun tak terhabis harta benda keluarga kau,”
Sekali lagi Tuah Iskandar
tidak menjawab. Hanya diam seribu bahasa. Di biarkan sahaja rakannya Zulkifli
membuat andaian sendiri. Mungkin Zulkifli tidak faham atau pemuda itu buat-buat
tidak faham. Bukan Zulkifli tidak mengenali dirinya. Mereka sudah berkawan
lama. Walaupun Zulkifli baru tahun pertama di Kolej Putra namun mereka sudah
kenal sejak sekolah menengah lagi. Masakan Zulkifli tidak tahu kenapa dia
lakukan semua ini.
“Jangan beritahu
aku, kau buat semua ni sebab nakkan perempuan,”
Kali ini Tuah
Iskandar terus menoleh. Dia tidak senang dengan andaian yang baru saja di buat Zulkifli.
“Kau kenal aku
Zul,”
“Sebab aku kenal
engkaulah, aku tak faham dengan kau. Tuah, kau ada segala-galanya. Jadi, kenapa
masih nak join geng-geng samseng tu? Kenapa
masih nak berlumba sana berlumba sini? Kenapa masih nak clubbing? Bercampur dengan orang-orang yang dah rosak akhlaknya?”
Tuah Iskandar diam
lagi. Pandangannya di hala pada skrin televisyen yang menyiarkan cerita yang
langsung tidak menarik minatnya.
“Tuah, orang lain
semua cemburukan kau. Kau ada semuanya. Kau boleh buat apa saja tapi kenapa
jalan ni yang kau pilih? Kenapa kau nak merosakkan masa depan kau?”
Diam lagi.
“Huh! Aku
betul-betul tak faham dengan kau,”
“Mungkin kau
terlupa sesuatu, Zul,”
Zulkifli terus
menoleh ke arah Tuah Iskandar. Wajah redup pemuda itu ditenung lama. Ternyata
Tuah Iskandar sedang memendam sesuatu. Pemuda yang kacak, digilai ramai, kaya
raya..tak mungkin akan berada dalam keadaan bermuram durja.
“Family kau?” tanya Zulkifli pendek.
Seakan memahami apa yang bermain di fikiran rakannya itu.
Tuah Iskandar diam
tidak bersuara. Zulkifli mengeluh.
“Come on tuah. Papa kau dato’, mama kau
datin. Memang mereka sibuk sampai mengabaikan kau. Mereka memang tak ada masa
untuk di habiskan bersama kau. Tapi, kau dah besar. Dah boleh fikir sendiri.
Tak perlu lagi pengawasan dari ibu bapa,” ujar Zulkifli cuba memberi nasihat.
“Aku akui memang
kita perlukan perhatian tetapi kalau begini cara papa dan mama kau, kau boleh
bergerak sendiri. Kau bukannya budak kecil yang perlu dipimpin untuk melangkah.
Jangan kerana ketiadaan perhatian daripada mereka, kau binasakan diri kau
sendiri,” sambung Zulkifli lagi. Sungguh dia tidak mahu melihat Tuah Iskandar
hanyut dalam kehidupan.
Tuah Iskandar
mengeluh kecil.
“Kau tak faham,”
keluh Tuah Iskandar.
“Apa yang aku tak
faham?”
“Memang aku boleh
terima kesibukan papa dan mama aku tapi…”
Tuah Iskandar
terhenti seketika dan Zulkifli diam menanti bicara selanjutnya dari rakannya
itu.
“Kau tak tahu
bagaimana keadaan rumah itu. Aku bangun tidur, mereka masih belum bangun. Aku
balik dari kolej, mereka masih belum balik. Hanya waktu malam aku dapat
berjumpa mereka tetapi…balik-balik saja sudah bergaduh. Terpekik sana, terjerit
sini. Aku sedih bila menyaksikan pergaduhan papa dan mama aku hampir
setiap malam. Rumah tu dah tak aman lagi
bagi aku,”
Zulkifli terdiam
mendengar cerita Tuah Iskandar. Jarang benar Tuah Iskandar meluahkan perasaan
yang terbuku di hati kerana pemuda itu seorang yang suka memendam perasaannya
tetapi malam ini..
Patutlah Tuah
Iskandar lebih gemar melepak di rumah sewanya. Rumah teres setingkat yang serba
serbi tidak mencukupi. Rumah yang bersepah sana sini menjadi pilihan Tuah
Iskandar berbanding villa mewah milik keluarganya. Rupa-rupanya, ada cerita di sebalik
apa yang tejadi.
“Papa dan mama aku
kerap bertengkar. Tentang apa, aku sendiri malas ambil tahu,”
“Tapi, bukan dengan
cara ini kau nak selesaikan masalah. Bukan dengan berkawan dengan budak-budak
samseng tu. Kau kenalkan siapa mereka? Kau tahukan si Kojek tu? Dia orang tu
samseng di KL ni tahu,”
“Aku tahu,”
“So?,”
Tuah Iskandar
mendegus kasar.
“Entahlah..mungkin
kerana aku berasa tenang setiap kali bersama mereka. Hilang semua masalah yang
ada dalam kepala aku ni,”
Zulkifli
menggeleng.
“Tuah..”
“Stop Zul! Kalau kau nak nasihatkan aku,
aku rasa better next time sebab aku tak
mungkin akan ikut cakap kau dalam waktu sekarang ini,”
“Tapi..”
“Dahlah. Aku nak
pergi mandi. Badan aku dah melekit ni,” ujar Tuah Iskandar lalu bangun dari
duduknya. Tangannya terus mencapai tuala yang tergantung di atas kerusi
manakala langkahnya dihayun ke arah bilik air yang terdapat di dapur.
Dalam waktu itu,
tiba-tiba dia teringatkan seseorang. Gadis genit bertudung itu sering
bersembunyi apabila terserempak dengannya. Dia juga teringat akan kali pertama
mereka bertemu.
Hani.
Hanya itu saja yang
dia tahu tentang gadis bertudung itu.
Hanya sebaris nama.
**********
Suasana hingar
bingar. Bising. Sorakan orang ramai di selang seli dengan bunyi enjin motosikal
membingitkan lagi suasana malam itu. Ngauman enjin motor berderum menandakan pemilik
motoriskal sudah tidak sabar untuk memulakan perlumbaan. Hanya menanti isyarat
sahaja sebelum terus memecut untuk menggondol hadiah yang lumayan.
Seorang gadis
seksi, berbaju ketat dan memakai skirt pendek muncul di tengah-tengah pelumba.
Dengan aksi yang tergedik-gedik, gadis itu mengangkat berdera untuk memulakan
perlumbaan.
“Go!” jerit gadis seksi itu sambil
mengibarkan bendera.
Sekelip mata
sahaja, kesemua pelumba sudah menghilangkan diri bersama pecutan motosikal di
tahap yang paling maksima. Maka, berlakulah aksi-aksi perlumbaan di jalan raya
yang merbahaya. Saat ini, mereka sudah tidak memikirkan keselamatan diri. Hanya
kemenangan yang dicari. Tidak kira dengan apa cara sekalipun.
Orang ramai yang
berkumpul di tempat permulaan mula terjerit-jerit apabila ternampak kelibat
motosikal yang pertama menghampiri garisan penamat.
“Cepat! Cepat!”
sorakan orang ramai semakin membingitkan.
“Yeah!”
Orang ramai tadinya
bersorak terus menggerumuni pelumba yang telah memenangi perlumbaan malam itu.
Masing-masing menepuk bahu si pelumba sambil mengucapkan tahniah. Tak kurang
juga yang asyik memerhati motosikal milik sang juara. Motosikal yang di anggap
bertuah kerana kerap kali memenangi perlumbaan.
Laluan diberi
apabila seorang lelaki berkumis nipis, berambut keperangan datang menghampiri
mereka. Persis seorang bos besar yang amat di takuti, semua orang terdiam.
Lelaki itu tersenyum apabila sudah berdiri betul-betul di hadapan si juara.
“Tahniah, Tuah
Iskandar,” ujar Kojek, ketua samseng Kuala Lumpur yang amat di geruni.
Tuah Iskandar
tersenyum nipis.
“Nah, ini ganjaran
kau,” ujar Kojek seraya menghulurkan satu sampul surat bewarna coklat kepada
Tuah Iskandar.
Tuah Iskandar
memandang sampul yang tebal itu dan kemudian mengalihkan pandangannya pada Kojek.
Kojek tersenyum apabila melihat reaksi Tuah Iskandar. Sememangnya dia tahu apa
yang bermain di fikiran anak muda itu.
Kojek mencapai
tangan Tuah Iskandar lalu meletakkan sampul surat berisi ganjaran ke tapak
tangan pemuda itu apabila melihat Tuah Iskandar masih berdiam tidak berganjak.
“Aku tahu kau tak
perlukan duit tapi..aku tak akan mungkir janji kepada pelumba aku. Aku tetap akan
berikan habuan kepada kau kerana kau betul-betul dah menguntungkan aku,” ujar
Kojek dan sampul berisi ganjaran itu bertukar tangan.
“Aku berlumba bukan
untuk kau,” tukas Tuah Iskandar.
“Ya, aku tahu. Kau
berlumba untuk diri sendiri tetapi kau jangan lupa. Kau berlumba di atas nama
aku. Kalau bukan kerana aku, kau takkan dapat masuk perlumbaan ni,”
Tuah Iskandar diam.
“Kau sepatutnya
berterima kasih pada aku kerana terima kau, Tuah. Bukan mudah mana-mana pelumba
untuk berada di bawah Kojek. Tapi aku pilih kau. Kau tahu kenapa?”
Diam lagi.
“Sebab aku tahu kau
berbakat,”
Tuah Iskandar hanya
mendengar sahaja. Tidak bersuara apa-apa. Memang benar dia dapat memasuki
perlumbaan ini kerana Kojek. Bukan mudah untuk memasuki perlumbaan besar yang
melibatkan samseng-samseng Kuala Lumpur. Tetapi, perkenalan singkat antara dia
dan Kojek di salah sebuah kelab malam terkemuka ibu kota membuatkan dia
bersetuju berlumba di bawah Kojek.
“Itu,” Kojek
memuncungkan mulutkan menunjukkan sesuatu. Tuah Iskandar berpaling. Kelihatan
seorang gadis yang berpakaian seksi sedang tersenyum sambil melambai-lambai ke
arahnya.
“Satu lagi habuan kau,”
Kojek tersengih.
Tuah Iskandar
kembali memandang ke arah Kojek. Pandangan yang tenang tetapi membawa maksud
yang sangat di fahami Kojek. Kojek tertawa.
“Ops, aku lupa.
Tuah Iskandar tak main perempuan,” ejek Kojek lagi sambil tertawa
berdekah-dekah.
Tuah Iskandar tetap
tidak berkata apa-apa.
“Okaylah. Aku dah
bagi. Terpulang pada kau nak buat apa. Tapi jangan bagi aku sebab aku tak suka
bohsia,” bisik Kojek lagi sambil berlalu meninggalkannya.
Tuah Iskandar
mengeluh kecil. Kemudian, dia menghidupkan enjin motosikalnya. Baru saja dia
hendak pergi dari situ, seseorang menghampirinya.
“Tuah,”
Tuah Iskandar
berpaling. Seorang gadis yang berpakaian sendat melangkah ke arahnya. Tuah
Iskandar menanti seketika.
“Kenapa?” tanya
Tuah Iskandar kepada Lilia. Gadis yang di kenali semasa di kelab malam. Gadis
yang merupakan pelajar di salah sebuah kolej swasta dan juga merupakan salah
seorang ahli kumpulan Kojek.
“Kau nak balik?”
“Ya,”
“Boleh hantarkan
aku balik?”
“Macam mana kau
datang?”
“Kojek,”
“So, baliklah dengan Kojek,”
“Kojek ada hal
lepas ni. Dia balik lambat. Aku nak balik awal sikit. Esok ada kuliah,”
Tuah Iskandar
merenung ke arah Lilia. Gadis yang dua tahun lebih muda daripadanya itu
kelihatan bersungguh-sungguh meminta pertolongan.
“Please,”
Tuah Iskandar
mengeluh.
“Naiklah,”
Tuah Iskandar
akhirnya mengalah. Lilia terus membonceng motosikal Tuah Iskandar dan memeluk
erat pinggang pemuda itu. Gadis itu kemudian tersenyum-senyum. Gembira kerana berjaya
berduaan dengan pemuda yang dipuja dalam diam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan