Jumaat, 10 Julai 2015

TETAP AKU SAYANG (BAB 2)

TETAP AKU SAYANG (BAB 2)


 BAB 2
            Hani meletakkan sepinggan nasi berlauk ayam masak merah berserta sayur bayam di atas meja. Air sirap limau segera disedut sebaik saja dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Seketika dia memicit-micit tengkuknya. Letih dan penat!
            Ternyata kerjaya yang dia pilih sungguh mencabar apatah lagi dia masih di peringkat awal. Masih bergelar ‘pelatih’ yang perlu banyak mempelajari selok belok menjadi seorang doktor. Tugas yang bermain dengan nyawa manusia pastinya tidak boleh dipandang ringan sahaja.
            “Hoi,” sergahan Julia membuatkan dia sedikit tersentak. Julia yang sudah melabuhkan punggung berhadapan dengannya tersengih-sengih.
            “Penat?” tanya Julia yang turut menghirup air di hadapannya.
            “Ada istilah tak penat ke dalam kerja kita?” sindiran Hani membuatkan Julia tertawa.
            So, hari ni kau kena marah lagi ke? Muka macam karipap basi je aku tengok,” Julia sudah menyua makanan ke dalam mulutnya. Nampak benar lapar setelah seharian penat bekerja.
            “Biasalah. Dapat MO garang,”
            “Siapa? Doktor Zainon?”
            “Kau jangan buat-buat tanya ya. Macam kau tak tahu dia jaga O&G. Aku masuk posting O&G baru dua hari dah kena hafal macam-macam. Tak dapat, habis kena marah. At least bagilah aku masa nak hafal semua nama pesakit kat situ dengan diagnos penyakit sekali. Bukannya sikit kau tahu,” bebel Hani mengenangkan kejadian dimarahi doktor Zainon pagi tadi.
            Julia tergelak mendengar bebelan rakannya itu. Bukan sekali dua dia dengar Hani membebel. Setiap kali ditempatkan di bahagian baru, Hani pasti akan membebel itu dan ini. Dulu sewaktu posting di bahagian surgery, Hani selalu kutuk Doktor Hamidon. Tapi, akhirnya, dia nampak Hani kamceng benar dengan doktor berbadan gempal itu.
            “Itu belum masuk nak layan kerenah pesakit yang demand sangat,” Hani tambah bebelannya.
            “Nak buat macam mana. Kerja ni yang kita pilih. Tapi, jadi doktor ni mulia tau. Kita tolong orang sakit untuk sembuh,” balas Julia.
            “Ya, aku tahu. Tapi MO tak agak-agaklah nak marah houseman. Selamba aje dia marah depan-depan pesakit. Malu betul,”
            “Diaorang balas dendam kut sebab dulupun diaorang kena marah juga,”
            Hani dan Julia sama-sama tertawa.
            “Kau ni aku tengok rilek je Ju. Okey ke kat surgery tu?”
            “Kau rasa okey ke?” Julia bertanya kembali.
            Pantas Hani menggeleng dan Julia tertawa kecil. Okey? Sorry!
            “Aku baru lepas kena marah dengan sebab diagnosis pesakit yang aku buat tak lengkap,”
            “Tapi aku tengok kau macam tak tension je kena marah,”
            “Dah lali, Hani,”
            Hani tersengih. Kadang-kadang seronok juga jadi Julia. Kena marah pun buat happy aje. Tak macam dia. Hari-hari tertekan.
            “Yang kau ni memanjang nak tension, berhentilah kerja. Si Tuah pun dah offer jadi suri rumah sepenuh masa tu,” Julia menukar topik perbualan mereka. Kalau nak cerita pasal tekanan kerja, sampai esok pun tak habis.
            “Kadang-kadang teringin juga nak setuju dengan offer tu bila tension. Tapi, bila fikir-fikir balik, aku tak nak harapkan dia seorang aje yang bekerja,”
            “Tuah tu kan kaya. Dia mampu nak tanggung kau. Aku rasa, tujuh keturunan kau pun, dia masih mampu lagi,”
            “Tak naklah nak harapkan dia seorang aje. Aku pun kena berdikari sendiri. Tu, mak ayah aku kat rumah, takkan nak harap duit Tuah?”
            “Kalau aku jadi kau, aku berhenti aje. Buat bisnes,”
            “Hai, aku rasa antara aku dengan kau, aku yang paling tertekan dengan kerja. Tapi kau yang beriya nak berhenti,”
            Julia tersengih.
            “Hai girls,” sapaan dari sisi membuatkan dua gadis itu berpaling. Zulkifli yang sedang menatang sepinggang nasi campur berserta segelas air, menapak menghampiri mereka.
            “Baru nak makan?” sapa Julia sebaik saja Zulkifli duduk.
            “Aah. Lapar,” tanpa berlengah, terus saja pemuda itu menyuap nasi ke dalam mulutnya.
            Hani dan Julia sekadar menggelengkan kepada melihat doktor muda yang seperti kebuluran itu.
            Seketika mereka berbual sebelum menyambung tugasan semula. Walaupun tugas sebaik doktor pelatih membuatkan mereka tertekan, namun ada juga masanya mereka gembira. Gembira kerana dapat menggembirakan hati pesakit-pesakit dan gembira apabila dapat duduk begini bersama kawan-kawan satu kolej.
            Selesai tamat belajar, Hani, Julia dan Zulkifli ditugaskan di hospital yang sama. Malah ada beberapa lagi rakan mereka turut di tempatkan di situ. Julia sudahpun bergelar isteri kepada Zain, manakala Zulkifli masih bujang lagi. Syasya pula mengikut suaminya Taufik berhijrah ke Sabah.
            Nampaknya, berseoranganlah Syasya bertugas di negeri di bawah bayu itu.
            Sedang leka berbual, telefon bimbinya berbunyi. Pantas Hani mengeluarkan telefonnya lalu membuka peti inbox mesej.

            I miss you

            Mesej ringkas dari Tuah Iskandar membuatkan dia tersenyum. Sejak berkahwin, Tuah Iskandar memang begini. Setiap hari ada saja mesej yang dihantarnya. Walaupun hanya sebaris kata-kata namun sudah cukup untuk membuatkan sayangnya terhadap suaminya bercambah dari masa ke semasa.
            “Tuah?” tanya Julia seraya mengangkat keningnya.
            Hani mengangguk.
            “Dia nak apa?” tanya Julia lagi. Isy! Buzy body betullah rakannya yang seorang ini.
            Nothing,” ujar Hani sambil tersenyum.
            Takkanlah dia nak beritahu Julia, Tuah Iskandar hanya menaip I miss you saja. Mahunya kena bahan dengan Julia nanti. Apatah lagi Zulkifli yang ada bersama mereka. Zulkifli, dari dulu sampai sekarang masih tidak percaya dengan perubahan Tuah Iskandar.
            Seorang gangster boleh jadi mamat jiwang?
            Pantas Hani membalas.

            I miss you too, abang



            “Hello, sayang kat mana ni?”
            “Hani on the way balik rumah,”
            “Dah balik ke?”
            Hani mengerutkan dahinya. Kenapa pula dengan Tuah Iskandar hari ni?” biasanya asyik muncung saja bila dia pulang lewat dari kerja. Tetapi hari ini macam tak suka pula dia balik awal. Hani mula rasa tak sedap hati.
            “Abang tak suka Hani balik awal ke?” ada nada rajuk pada suaranya.
            “Erk…bukanlah. Abang saja tanya,”
            Dum!
            Tiba-tiba Hani terdengar bunyi bising di hujung talian kemudian diikuti bunyi barang-barang jatuh ke lantai. Bingit!
            “Abang, kenapa tu?” tanya Hani cemas.
            “Erk…tak ada apa-apa. Okey sayang. Drive baik-baik,”
            “Abang…” belum sempat Hani bertanya, talian dimatikan.
            Hani makin tidak keruan. Entah apa yang berlaku pada Tuah Iskandar di rumah. Pantas dia memecut keretanya. Harap-harap tiada apa-apa yang tidak baik terjadi pada suaminya.
            Namun, sebaik saja tiba di rumah, matanya membulat.
            “Abang!”
            Bulat mata Hani melihat panorama yang terbentang di hadapan matanya. Tuah Iskandar tersengih memandang ke arahnya sambil mengangkat jarinya menunjukkan tanda ‘peace’.
            “Abang buat apa ni?” tanya Hani lagi seraya kakinya melangkah ke hadapan. Sambil menapak menghampiri suaminya, matanya sempat melihat sekeliling dapur yang sudah bersepah. Terdapat beberapa biji mangkuk yang bersepah di atas lantai, beberapa calit sos tomato di pintu peti sejuk, sudip sudah terbang di atas meja makan yang sudah bersepah-sepah dengan segala benda. Sudah tiada rupa dapur!
            “Abang, are you okay?” tanya Hani sebaik saja berdiri betul-betul di hadapan Tuah Iskandar.
            Tuah Iskandar tidak menjawab sebaliknya senyuman manis menghiasi bibir pemuda itu.
            Tiba-tiba tawa Hani terburai. Tuah Iskandar berkerut. Kenapa tiba-tiba isterinya tertawa? Lawak sangatkah surprise yang dia buat ini?
            “Kenapa sayang? Abang buat lawak ke?”
            “Yup,”
            “Apa yang lawaknya?”
            “Tu,”
            Hani menunjukkan ke arah bibir Tuah Iskandar. Tuah Iskandar meraba tepi bibirnya. Ada rasa lekit di situ.
            “Abang masak apa ni sampai ada sos tomato kat bibir abang?” tanya Hani dengan tawa yang masih berbaki.
            Tuah Iskandar tidak menjawab sebaliknya tangannya pantas menyapu sos tomato yang melekat di bibirnya. Tiba-tiba timbul idea nakal di mindanya. Dia mengerling ke arah Hani dengan senyuman yang sukar untuk di tafsirkan. Kali ini, wajah Hani pula yang berkerut. Kenapa suaminya senyum-senyum begitu?
            Pantas saja jari Tuah Iskandar hinggap di bibir Hani. Sos tomato kini bertukar tempat. Hani menjerit kecil lantas cuba menyapu bibirnya yang telah dicemari sos tomato dengan belakang tangannya.
            Namun, belum sempat dia menyapu sos tomato tersebut, tangannya pantas diraih Tuah Iskandar. Hani tergamam saat mata Tuah Iskandar merenung tajam ke arahnya.
            “Erk…abang ni jahatlah. Habis bibir Hani kena sos,” ujar Hani agak tergagap. Cuba meredakan debar di dadanya.
            Namun, Tuah Iskandar tidak berbicara apa-apa. Pemuda itu terus merenung wajah isterinya. Sesaat kemudian, dia mendekatkan wajahnya ke wajah Hani.
            Hani cuba berganjak ke belakang tetapi tangannya kejap dipegang Tuah Iskandar manakala pinggangnya sudah dirangkul si suami. Kejap dan kemas. Tubuh genitnya ditarik perlahan ke arah suaminya.
            “Erk…abang. Lepaskan sekejap boleh? Hani nak lap sos ni dulu,” Hani cuba mengelak. Sungguh dia tidak dapat menahan debaran di dadanya saat renungan Tuah Iskandar terus-terusan menikam ke dalam anak matanya. Dia benar-benar sudah tergoda.
            “Tak perlu. Biar abang lapkan,”
            Bulat mata Hani mendengar jawapan dari Tuah Iskandar. Belum sempat dia menjawab, bibir suaminya sudah hinggap di bibirnya, menyapu sos tomato tadi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan